MELAKA – Seorang pemandu e-hailing wanita yang berkongsi video menumpangkan seorang warga emas yang berjalan kaki sambil membawa barang di Pantai Puteri pada Ahad lalu tular di aplikasi TikTok.
Wanita berusia 39 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak, Santy Kadir atau nama akaun TikToknya santy_meng86 berkata, beliau sekadar berkongsi video pertolongan kecil itu kerana teringatkan susuk tubuh wanita yang dipanggil ‘Nek Sarah’, yang mengingatkannya kepada ibunya di kampung.