PUTRAJAYA – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin hanya perlu membayar RM100,000 berbanding RM10 juta, berhubung perlanggaran syarat bon parti itu.
Panel tiga hakim, dipengerusikan Datuk See Mee Chun memutuskan demikian selepas membenarkan sebahagian daripada rayuan Zuraida untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkannya membayar RM10 juta.