SUNGAI PETANI – Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digesa berdaftar melalui Veteran Integrated Benefit System (VIBES 2.0) yang menyediakan pelbagai kemudahan sekali gus mengelakkan dari ketinggalan menerima manfaat menerusi perkembangan teknologi digital.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Datuk Zambery Jefry Darus berkata, VIBES 2.0 merupakan aplikasi mudah alih yang perlu didaftarkan oleh setiap veteran.