KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah vesel nelayan tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen di Pelabuhan Klang, di sini, pada Rabu.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, penahanan pada jam 10.30 malam itu menerusi Op Ehsan, Op Tiris 3.0 dan Op Kasmar 02/2024.