Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa kecewa apabila ada individu yang menggunakan videonya tanpa izin untuk tujuan promosi perniagaan di media sosial.
Menerusi satu hantaran di platform X, Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad menjelaskan dia tidak pernah mendedahkan jenama ‘walking pad’ yang digunakan dalam videonya kerana tidak mewakili mana-mana jenama.