ALOR SETAR – Universiti Utara Malaysia (UUM) akan membantu menguruskan jenazah Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, pelajar yang maut dalam kemalangan melibatkan dua bas pada Sabtu sehingga ke proses pengebumiannya.
Naib Canselor UUM, Datuk Mohd Foad Sakdan berkata, pihak universiti akan menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada keluarga mangsa.