Sejak berkahwin dan berhijab, makin cantik berseri-seri Hannah Delisha! Kian menjadi rebutan syarikat produksi dan dilantik sebagai duta produk, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch menjadi bualan apatah lagi drama lakonannya ‘Andai Itu Takdirnya’ ditayangkan baru-baru ini.
Bakal menginjak usia 27 tahun, Hannah yang kini isteri Muhammad Imam Shah yang juga pelakon kelahiran Singapura menyambut ulang tahun perkahwinan di samping suami tercinta pada 18 Februari lalu.