Diam tak diam, usia perkahwinan Ajai dan Liza Ilias sudah pun mencecah 15 tahun. Meskipun sudah lebih sedekad hidup bersama namun kemesraan di antara mereka jelas terpancar. Bahkan ke mana saja pergi, pasti kelibat isteri tercinta ada di sisi komposer terkenal berkenaan.
Bukan hanya menggalas tanggungjawab sebagai isteri, Liza atau nama penuhnya Norliza Ilias juga merupakan pengurus kepada Ajai. Sebelum ini, dia pernah bertugas sebagai pegawai kanan Maestro Talent Management.