KUALA LUMPUR – Pelajar yang diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi 2025 diharap tidak menolak tawaran hanya disebabkan faktor kemiskinan.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya telah menghubungi semua MRSM agar menerima kemasukan pelajar yang terpilih walaupun mempunyai masalah kewangan.