PETALING JAYA – Unit Pengambilan TVET (UP_TVET) menerima sebanyak 189,304 permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara bagi pengambilan Julai ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan ketara berbanding 146,000 permohonan pada pengambilan sebelumnya, sekali gus mencerminkan minat yang semakin tinggi dalam kalangan pelajar terhadap bidang TVET.