SHAH ALAM – Undang-Undang khusus untuk kecerdasan buatan (AI) perlu disegerakan susulan impak negatif teknologi itu yang dilihat semakin menular terutama membabitkan jenayah penipuan, kata Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Ugak berkata, beliau difahamkan bagi tempoh 2020 hingga 2024, jenayah itu telah mengakibatkan kerugian sebanyak kira-kira RM5 bilion di seluruh dunia.