Nama Shah Rukh Khan tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya di negara kita. Populariti filem-filem Bollywood sejak sekian lama cukup mekar di Malaysia. Jadi tidak hairanlah apabila melakukan kunjungan ke negara kita sambutan yang diberikan memang luar biasa.
Karier Shah Rukh Khan yang kini sudah berusia 57 tahun masih lagi utuh. Terbaru filem lakonannya berjudul ‘Pathaan’ akan mula ditayangkan di India bermula penghujung bulan ini. Ia turut dibintangi dua bintang berpengaruh Bollywood iaitu Deepika Padukone dan John Abraham.