PONTIAN – UMNO bersedia membenarkan ibu pejabat parti digunakan sebagai lokasi pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin kanan parti bagi membincangkan Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ruang di Menara Dato’ Onn itu sentiasa terbuka untuk sebarang perbincangan yang membabitkan isu berkenaan demi kepentingan parti.