KOTA BHARU – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila seekor ular tedung senduk sepanjang satu meter muncul secara tiba-tiba semasa dia mahu menggunakan tandas di rumahnya di Peringat, di sini pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.22 pagi itu, lelaki berusia 46 tahun tersebut sempat menyelamatkan diri sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu untuk mendapatkan bantuan.