ALOR GAJAH – Orang ramai yang sedang bermandi-manda di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah di sini pada Ahad gempar apabila seekor ular sawa batik sepanjang hampir dua meter tiba-tiba muncul berenang di laut.
Kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu mencetuskan suasana panik apabila reptilia seberat lapan kilogram itu dikesan dalam jarak kira-kira 25 meter dari pesisir pantai.