KUALA PILAH – Jika sebelum ini ular sawa batik jatuh dari siling rumah di Batu Kikir, kali ini ular spesies sama ‘menerjah’ sebuah kediaman di Kampung Jawa di sini pada Khamis.
Ular seberat lima kilogram itu bagaimanapun dikatakan terus ‘lepak’ di bawah meja dalam sebuah bilik di kediaman berkenaan yang dihuni tiga beranak berusia 20-an hingga 50 tahun.