ALOR SETAR – Ulama Kedah,Tuan Guru Abdul Wahab Hassan atau lebih dikenali Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia di rumahnya pada jam 3 petang di Parit Panjang, Baling akibat sakit tua pada Sabtu.
Allahyarham yang meninggal pada usia 86 tahun sebelum ini pernah memangku jawatan Ahli Majlis Daerah Baling, Yang Dipertua Pas Kawasan Baling dan menganggotai Dewan Ulamak Pas Kedah.