LONDON – Khamis dijangka menjadi hari paling panas tahun ini setakat ini di United Kingdom, dengan ramalan suhu boleh mencecah 30 darjah Celsius iaitu paling awal yang pernah direkodkan.
UK mungkin akan mengalami permulaan bulan Mei yang paling panas dalam sejarah, dengan ahli meteorologi Pejabat Meteorologi Michael Silverstone, mengatakan suhu boleh mencecah “29C atau bahkan 30C,” lapor PA Media/dpa.