KUALA LUMPUR – Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima pengiktirafan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) atas sumbangannya melahirkan akauntan bertauliah berdaya saing peringkat global.
Anugerah itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif ACCA, Helen Brand pada Majlis Gala Ulang Tahun Ke-88 ACCA Malaysia baru-baru ini.