KUALA TERENGGANU – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu menerima peruntukan lebih RM10 juta daripada kerajaan bagi membaik pulih kolej kediaman termasuk kemudahan prasarana kampus.
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, kerja-kerja penambahbaikan telah dimulakan sejak tahun lalu melibatkan kolej kediaman, bangunan kuliah dan kemudahan pelajar.