Delegasi juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), yang diketuai oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjadi saksi kemenangan Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Aston Villa 3-1 dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi.
Umum mengetahui juara Ligue 1 itu menjemput baginda selaku tetamu khas bagi melawat pusat latihan serba canggih dan menyaksikan pertemuan gergasi Eropah itu di Parc des Princes.