Skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT) IV tampil dengan persembahan luar biasa dalam perlawanan persahabatan dengan format 7s selepas menewaskan kelab dari Jerman, Borussia Dortmund B-16 dengan kemenangan 2-1, semalam.
Perlawanan itu berlangsung di Padang Latihan Mawar, Pasir Gudang, Johor, bagi menguji kekuatan anak buah Javi Jorda.