Penampilan isteri kepada pelakon, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan yang hadir berniqab ketika mala gala filem Balas Balik menjadi perhatian.
Tya hadir untuk memberikan sokongan kepada suaminya yang merupakan pelakon utama filem tersebut.
Menerusi beberapa foto yang di muat naik di akaun Instagram miliknya merakamkan Tya memakai abaya berjalan di sisi Shukri sambil bahunya dipeluk suaminya.