KUANTAN – Kewujudan varieti baharu durian, tupai king masih belum cukup ‘bisa’ untuk menggugat kedudukan musang king yang terus menguasai pasaran sebagai raja buah di dalam dan luar negara.
Pekebun dan penjual musang king dari Raub, Nicky Koh Kuan Heng, 38, berkata, kehadiran tupai king bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan, sebaliknya dilihat sebagai perkembangan positif dalam industri durian negara.