PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyifatkan tahun 2025 akan menjadi tahun yang hebat terutama buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT memberi bayangan sesuatu yang besar akan berlaku tahun ini dengan perancangan terbaik sudah diatur dalam usaha mencipta kejayaan demi kejayaan.