SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa terharu menerima pelbagai ucapan selamat hari lahir dan penghargaan daripada masyarakat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya gembira menerima nota daripada Anwar Ibrahim, PMX yang mengucapkan selamat hari lahir, hari lahir ke-100, terima kasih,” kongsi beliau menerusi program audio siar khas sempena ulang tahun ke-100 pada Khamis.