SHAH ALAM – Peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 2020 adalah berasaskan kepada dasar dan prinsip negarawan itu menghormati perlembagaan negara dan tidak dijatuhkan oleh sesiapa.
Justeru, aktivis politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengingatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar tidak berbohong dan mengambil kredit demi kepentingan politik peribadi.