SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendoakan kesembuhan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kini sedang dirawat di hospital kerana sakit kanser paru-paru.
Dr Mahathir menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat berkata, tidak perlulah mengungkit perkara lepas kepada saudara seIslam yang sedang menghadapi kesukaran.