Alhamdulillah, bertambah lagi usia Tun Dr Mahathir Mohamad tahun ini. Genap berusia 98 tahun pada 10 Julai lepas, pemimpin terkenal dunia tersebut sentiasa berada di ingatan rakyat termasuk para selebriti yang menyanjungi jasa dan bakti beliau.
Dalam usia hampir mencecah seabad, Tun Dr Mahathir dikurniakan kesihatan yang baik dan tampil ceria. Seperti diketahui umum, beliau cukup menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.