PUTRAJAYA – Pakar ekonomi menggariskan beberapa tumpuan berterusan yang perlu dilaksana kerajaan sebagai langkah mengurangkan risiko kemelesetan disebabkan oleh ketegangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kerajaan perlu mempelbagaikan pasaran di serata dunia berbanding kebergantungan eksport kepada AS dan China, selain memperkasakan ekonomi domestik.