KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan supaya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang dinamakan semula sebagai MRSM Tun Abdullah Badawi bagi mengenang jasa dan sumbangan Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata, cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKWD), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat.