BALIK PULAU – Polis menahan tujuh individu dipercayai ahli sindiket penipuan dalam talian menerusi operasi khas semalam yang membabitkan kerugian RM476,819.45.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, mereka yang ditahan terdiri empat lelaki dan tiga wanita berusia 22 hingga 35 tahun dalam operasi khas melibatkan siri tindakan Ops Nuri, Ops Merpati, Ops Belatuk dan Ops Pelican.