IPOH – Pemuda UMNO Perak membuat laporan polis terhadap seorang individu dipercayai aktivis sebuah parti politik yang mengeluarkan komen jelik dan berbaur fitnah terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di laman sosial Facebook, baru-baru ini.
Ketuanya, Nazirul Jamaluddin berkata, menerusi hantaran komen di Facebook sebuah portal berita pada 1 Februari lalu, individu berkenaan telah menulis ‘Ketua Barua Kafir Harbi Perak’ di ruangan komen pautan berita bertajuk ‘JAIPk diminta siasat khatib tidak baca khutbah Jumaat disediakan’ yang memaparkan gambar Saarani.