SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyangkal dakwaan terdapat wakil UMNO bertemu dengan pimpinan Perikatan Nasional (PN) untuk terlibat dengan gerakan rentas parti.
Beliau berkata, sebaliknya Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengambil inisiatif berjumpa orang perantaran UMNO dan menawarkan jawatan Perdana Menteri jika parti itu bersetuju dengan langkah ‘kerajaan tebuk atap’.