Suasana Aidilfitri masih lagi terasa jadi tidak hairanlah jika ramai antara kita yang sedang merancang untuk mengadakan open house. Setelah puas beraya bersama sanak saudara di kampung, kini tiba masa untuk kita meraikannya dengan menjamu jiran tetangga serta teman-teman dikota.
Sudah tentunya ruang makan akan menjadi tumpuan utama ketika rumah terbuka kerana disitu juga merupakan tempat tuan rumah menyajikan juadah Syawal. Jadi, untuk memastikan tetamu selesa dan gembira, kita perlulah membuat persediaan yang rapi. Penataan meja makan haruslah dilakukan dengan teliti dan bersesuaian dengan makanan yang dihidang.