IPOH – Isu lebih 4,000 hartanah perumahan tidak terjual di Perak bukanlah satu trend yang membimbangkan, kata Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Perak, Ir Loh Ban Ho.
Beliau berkata, jawatankuasa khas yang dibentuk bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) mendapati, kebanyakan hartanah terbabit berada dalam julat harga RM300,000 dan ke bawah yang mana mudah diserap semula dalam pasaran semasa.