KUALA LUMPUR – Trend pasangan berkahwin yang memilih untuk tidak mempunyai zuriat atau ‘childfree’ dilihat membimbangkan kerana boleh memberi kesan jangka panjang kepada struktur penduduk Malaysia, termasuk mempercepatkan proses negara menua.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, walaupun menyedari keputusan untuk tidak mempunyai zuriat adalah hak keluarga atau pasangan, namun kerajaan sentiasa menggalakkan pasangan yang berkahwin untuk memiliki anak.
