KUALA LUMPUR – Keputusan Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) menghentikan pelan penstrukturan semula yang dilaksanakan di bawah pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) terdahulu membantutkan perjalanan transformasi lembaga itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sepatutnya perkara tersebut dilakukan dengan segera, menyeluruh dan tuntas.