TUMPAT – Seorang ibu tunggal bersama tiga anaknya berputih mata apabila rumah pusaka peninggalan suami terbakar semasa mereka sedang nyenyak tidur dalam kejadian di Jalan Taman Sri Tanjung, Wakaf Bharu di sini pada Jumaat.
Pada kejadian jam 4.15 pagi itu, mereka bukan sahaja kehilangan tempat berteduh tetapi beberapa pasang baju raya yang telah dibeli sebelum Ramadan turut terbakar selain tidak sempat bersahur.