SEREMBAN – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah van dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Jalan Persiaran Senawang 1 dekat persimpangan lampu isyarat Matahari Height menghala ke Paroi di sini pada Sabtu.
Kejadian jam 12.10 tengah malam itu menyebabkan lelaki berusia 20 tahun itu cedera parah dan meninggal dunia di lokasi.