ALOR SETAR – Arwah Mohamad Azim Izat, 32, yang maut bersama isteri dan empat anak setelah kenderaan mereka jatuh ke Sungai Korok, sempat berpesan kepada adiknya supaya menjaga ibu mereka.
Muhammad Adlan Solehin Ishak, 24, yang merupakan adik bongsu kepada Mohamad Azim Izat berkata, arwah abangnya itu ditemui sehari sebelum kejadian kehilangan enam beranak itu.