PUTRAJAYA – Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD) menuntut agar sistem auto-accept atau terima secara automatik dalam perkhidmatan e-hailing dihapuskan kerana dianggap merugikan pemandu.
Presiden TPAD, M Nathan berkata, sistem itu juga tidak memberikan kebebasan kepada pemandu e-hailing untuk memilih ride atau perjalanan mengikut keperluan dan keselesaan mereka.