KUALA LUMPUR – Pesawat pejuang Su-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tampil dengan wajah baharu sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25) dengan membawa gelaran istimewa iaitu ‘Toruk Makto’.
TUDM dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan rekaan corak baharu pada badan pesawat itu diilhamkan daripada makhluk legenda dalam filem Avatar, dikenali sebagai Toruk atau ‘The Last Shadow’.