Ibu perasan tak bila anak menyusu, ternampak ada kesan tompokan putih di lidahnya? Dalam istilah perubatan ia dipanggil kulat susu atau candidiasis (oral thrush).
Sama ada bayi minum susu ibu atau susu formula, jika tak dibersihkan lepas menyusu, lama kelamaan tompok putih itu semakin tebal dan mungkin mendatangkan ketidakselesaan pada bayi untuk menyusu.