BANTING – Pengguna Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang melalui Plaza Tol Seksyen 1 (Persimpangan Bertingkat Banting) di sini tidak perlu membayar tol selama sebulan bermula 12.01 tengah malam ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengecualian bayaran tol itu bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 selain menyambut setahun pelaksanaan inisiatif MyJalan oleh kerajaan.