KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama yang bersetuju melaksanakan dasar kerajaan berhubung kenaikan gaji minimum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat hasil persetujuan antara lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi TNB.