GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid menafikan pernah mengeluarkan arahan untuk menghalang program wacana ilmu bersama penceramah bebas, Dr Wan Ji Wan Hussin yang diadakan pada Ahad lalu.
Menerusi kenyataan di Facebook, Dr Mohamad yang juga Exco Agama Islam Pulau Pinang berkata, segala urusan berkaitan dengan penceramah adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).