KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dipenjara kerana mendakwa bekas Peguam Negara itu telah menghina mahkamah berkaitan Titah Adendum.
Najib, 72, menyatakan demikian dalam permohonan komital melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Rabu.