SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan pihak yang ‘menderhaka’ terhadap pelaksanaan Titah Adendum yang menyokong permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan.
Beliau turut menegaskan bahawa pemimpin yang tidak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong tidak layak untuk terus memimpin negara.