SEREMBAN – Seorang lelaki direman selama empat hari selepas disyaki terlibat dalam kes penipuan pakej haji melibatkan sekumpulan jemaah warga emas yang didakwa dikurung di Arab Saudi baru-baru ini.
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 60 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Fairuz Syuhada Amran di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, bermula 16 Jun hingga 19 Jun.